Pada siapa mereka berkongsi asap rokok yang keluar dari rongga mulut dan hidung?





"Aku yang merokok jadi aku juga yang tanggung akibatnya kau tenang saja diposisi " kata sang suami kepada isterinya yang sarat mengandung dan diperhatikan oleh anak keciknya berusia 2 tahun. 
Walau sudah ditegur berkali-kali dengan hikmah tapi masih juga si suami memenangkan nafsu dan ketagihannya akibat rokok. 

"Yang tidak kau sayang kami." pujuk si Isteri.
"Yang sudah aku cuba untuk berhenti tapi tidak tahu lah kenapa pandai TERmerokok lagi" akui si suami cuba mengalah tapi tidak bisa. 


“If you don’t smoke, don’t start.
If you smoke, quit.
If you don’t quit, change.”

Perlu diketahui bahawa asap rokok ini mengandungi bahan kimia yang bahaya pada tubuh manusia, sama ada yang merokok ataupun yang berada di sampingan. Nikotin yang boleh didapati dalam rokok itu merupakan punca ketagihan dan menjadi perangsang untuk tetap merokok. Itu laa sebab si suami susah mahu berhenti merokok. Jadi nak macam mana? Harus dipertimbangkan juga kemudaratan yang datang bersama tabiat merokok ini terhadap diri sendiri dan yang tersayang.

Bayangkan apabila rokok dibakar, lebih 6,000 bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok dan sekurang-kurangnya 100 daripada bahan kimia tersebut telah dikenal pasti adalah toksik dan boleh menyebabkan kanser. Jadi bagaimana boleh nak kurangkan kemudaratan yang didatangkan oleh asap rokok ini?

Bak kata Dr. Patrick Picavet MD, Ketua Pegawai Perubatan di Philip Morris International (PMI), “Of course, the best option for a smoker would be to quit. But unfortunately, that’s not the reality. The reality is that people continue and therefore, you need an alternative which is less harmful if you want to reduce individual risk as well as population harm.”

Memetik pada kata-kata di atas, dalam kata lain kita berubah pelan-pelan tapi jangan langsung tiada. Kita boleh lihat negara-negara lain yang berjaya menarik perhatian dunia kesihatan dengan usaha mereka iaitu memperkenalkan pelbagai alternatif kepada rokok seperti produk penggantian nikotin, gula-gula getah nikotin, dan ada juga yang memperkenalkan produk tembakau boleh dipanaskan (HTP-Heated Tobacco Product). Contohnya, sejak HTP diperkenalkan di pasaran Jepun, jualan rokok menurun sebanyak 38% antara 2011 dan 2019.

Walau bagaimanapun, usaha mewujudkan rokok alternatif ini tidak bermaksud bahawa ia tidak berisiko. Produk alternatif ini masih mempunyai risiko tetapi kajian yang terbukti di negara Jepun ini boleh menjadi ikhtiar untuk kita mengurangkan mudarat yang terdapat pada rokok tembakau yang dibakar, lebih lebih lagi pada perokok pasif yang terdedah secara langsung.

Sekian.



No comments: