Yeahh Laluan riadah "Sungai Darau" bakal siap.!!

Awal pagi tadi dah bersiap nak jogging ke Teluk Likas dan starting point dekat stesen bus ke KK depan shell dekat kingfisher tu, tergerak pula hati mahu lalu sambil tengok-tengok laluan riadah yang  saya intai dari dalam bus tadi sepertinya hampir siap. Jadi,nak juga puaskan hati ni saya pun lalu lah berjoging kawasan sana.



aahh dekat sini lah starting point aku. Siap ulang alik 2 kali round sepanjang laluan ni.. baru lah aku berjalan sambil tengok sekeliling. Masa joging tadi saya fokus bakar lemak ja. (cross finger). Ok lah siap ulang 2 kali round tu saya ingat nak jalan kaki hingga ke UMS dekat Alamesra sana itupun kalau dah siap.


Masa ni aku tengah duduk kejap sebab rasa nak duduk.. haha lama tak joging kan begitulah kejadiannya. Bestnya waktu ni tak ramai yang lalu errr memang tak ada.. ada pun pekerja yang buat laluan ni.. so nak duduk ke apa  No Hal.. hehe.  Btw laluan ni memang best walaupun sebelah kiri saya nampak jalan raya besar bila  pandang dekat sebelah kanan pula nampak sungai tapi tersorok sikit lah dengan pokok paya bakau.


Haaah ini lah habitat yang hidup di kawasan paya bakau ni, ada buaya yaa,,, rasanya awak real jumpa yang mana buaya yang dalam gambar tu kah atau buaya darat..?? well dua dua bahaya kan. sepanjang saya hidup dekat KK ni ada 2 haiwan ni yang saya terjumpa/ternampak/terlalu depan mata munyit dan ular warna hijau tu.. tapi saya tengok ja laa malas mau kacau sebab biar lah dia dengan kehidupannya. Siap monyet tu masuk dapur curi makanan wehh... hahhaa


Yeahhh laluan dekat jambatan ni pun dah siap, waktu kerja dekat KingFisher hari-hari lalu atas jambatan tu, Bila nak siap.. bila nak siap..sebab saya plan nak jonging ke rumah ja balik kerja tu pun kalau tahan dan rupanya semua itu sekadar rancangan. haha misi nak slim laa sangat kan.


Bawah jambatan tu tempat aku lepak sendiri masa mental breakdown gila gila tapi sekali jak laa. sebab terturun kerja awal 7pagi singgah situ kejap sebelum masuk kul 8.30 a.m. Halah.. halaahh terpesong dah story aku ni..


Saya rehat lagi Guys,,,!!  kalau nak tahu depan tu laluan tepi sungai, jadi bolehlah joging sambil tengok tengok air sungai mengalir dan lihat si ikan ikan kaloi yang bukan ikan kaloi sebab saya sendiri tak tahu apa nama ikan ikan yang buat saya lapar dan gatal nak pancing 1 persatu ikan yang nampak dan rasakan cukup  sihat dan cukup umur untuk dijadikan juadah makan malam nanti. haaahh dapat rasakan tak grigitan saya tu.


Mahu juga aku share gambar ni walaupun sekadar sirip yang dapat dilihat. Ikan ni agak licik ya.. masa saya tak ambik gambar kesiokan diorang berenang-berenang situ macam buat acara gimnastik, kau sabar jap ikan.. saya pergi beli tangsi dan sama mata kail jap.

Kalah dah aku oleh si unkol ni dia pakai jaring wehhh.. FYI, setiap hari awal pagi gitu selepas subuh biasanya pakcik pakcik nelayan ni akan jual hasil diorang dekat tepi sungai bawah jambatan dekat kampung likas. Saya belum lagi pernah pergi sana, tapi mama cakap harga ikan sana lebih kurang sama juga dengan harga di pasar cuma tak lawan dengan kesegaran ikan tu la. yang diorang jual tu fresh from jaring/mata kail ok.. mama cakap la..


hah ni lah jambatan tepi sungai tu, harap tak adalah yang buat onar nanti. belum apa-apa dah rosak. sakit hati tengok kan. Bila orang lain guna dengan berhemah dan penuh kasih sayang orang yang haih buruk ni nak rosakkan pula. Tak suka... Tak suka...


hahh seee.. ni yang bikin panas.. belum apa apa lagi dah ada yang Onar.. haiihh geram la... kalau dah habis memancing tu boleh jak kumpul sampah tu dalam plastik bawa pulang buang kedalam tong sampah yang berdekatan. Sedihnya.. aku pun mahu memancing juga laa wehh.. kalau gara-gara sampah diorang ni buat ikan-ikan kaloi aku pupus memang  yang termemang laa, Kau tunggu balasan kau nanti. eiihh mungkin diorang tidur dengan sampah kali kan. geram pula aku.




Hahhhh tiga gambar diatas tu antara kerja-kerja yang masih belum siap.. well tak sabar nak lalu sini lagi esok awal pagi. tak jauh dari rumah pun sebenarnya. Gambar terakhirnya end point saya sebab kalau saya teruskan lalu hingga ke UMS depan UMS dah tak ada stesen bus. Matahari dah naik kan. Paanaaazzzzz...

K lah sekian
XOXO
tynienih =)

No comments: