Doa Buat Ibu dan Bapa.



18 March 2019



إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.” 

Sudah genap setahun ayah jumpa Penciptanya., setahun ku ibarat seribu tahun kurasakan kerna menangung hari hari yang harus ku lalui tanpamu pa. Cukup ilmu, kasih sayang dan ajaran yang diberikan padaku untuk lalui hari hari yang mendatang namun memori bersamamu aku masih tak merasa puas dan tak cukup aku rasakan. Sakitnya ku rasakan kerana rindu kepada mu,rindu yang berbalas airmata dengan iringan doa kepada Maha Pencipta.

Semoga sentiasa berpanjangan dilimpahi rahmah dan maghfirah :


Ya Allah! Ampunilah bapaku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ibuku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.

Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur ibubapa kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi ibubapa kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk ibubapa kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh ibubapa kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

.
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا.وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.


“Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah melimpahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil. Dan ampunilah dosa-dosa kesemua lelaki dan perempuan Islam; dosa-dosa di kalangan lelaki dan perempuan yang beriman, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”



No comments: