Dermaroller untuk rawatan kulit yang lebih cantik.

Apa dia dermaroller ni sebenarnya.! 


Awak semua yang belum tahu apa sebenarnya dermaroller ni dan bagaimana dia boleh buat perubahan pada wajah kita yang kononnya buat wajah kita cantik gitcheeuww

Rawatan dermaroller biasanya dikenali sebagai skin roller, skin needling, micro needling dan collagen induction theraphy. 

ok, benda ni kalau dilihat memang ada banyak jarum yang di perbuat daripada Titanium dekat kepala roller tu daripada 90 ke 540 jarum dan setiap roller tu ada bermacam-macam saiz kedalaman jarum contohnya dari saiz 0.25mm ke 3.0mm itu pun bergantung pada pengunaan awak semua lain rawatan maka lainlah saiz jarum yang awak akan guna. 

Contohnya awak beli satu roller ni dengan 540 jumlah jarum dekat roller tu berukuran 0.25mm. Benda tu fix yaa tak berubah.  Kalau nak saiz lain kena beli roller baru la jawapnya.  tengok dekat gambar di bawah.


Bagaimana Dermaroller Merawat. 

Di pendekkan cerita bila kita dah guna dermaroller ni (roll atas, roll bawah, roll tepi berkali kali) secara langsung kita dah mencipta beribu saluran didalam kulit  masa tu lah kita letak product kita  pada kulit yang dah kita lubangkan dengan dermaroller. (HELLO GUNAKAN PRODUCT SEMULA JADI DAN TIDAK BAHAYA PADA KULIT)  Yup.. dengan cara ini ia akan meransang kulit dengan cepat dengan memudahkan product yang digunakan terus sampai pada kulit dan meningkatkan keberkesanannya pada kulit wajah. 

Dan penting bagi mereka yang melakukan rawatan ini sendiri dirumah menjaga kebersihan sebelum semasa dan selepas penggunaan dermaroller ni sebab takut jangkitan bakteria. ahhh kalau dah terkena jangkitan bakteria bagus-bagus muka cantik jadi hodoh yaa. jadi kita tak mahu benda sebegitu jadi yaa anak anak sekalian.

Kebaikan dermaroller
Perhatian kalau awak mempunyai masalah seperti dibawah. Boleh cuba kaedah ini ya. 

  • Garis Halus 
  • kedutan 
  • Parut
  • Bekas Jerawat
  • Parut Chicken Pox
  • Rambut Gugur
  • Permukaan kulit Kasar


Kata Penulis. 

Melalui review aka testimoni yang membuat rawatan Dermaroller/ microneedling

1. Ada yang berkata kesannya memang buat hati you berbunga bunga semangat nak cantik gituu..
2. Pesanan yang kulit wajah tengah breakout pleaseeeeee  kalau mahu kulit wajah makin breakout jangan dengar kata saya " Jangan guna rawatan ini jika kulit wajah tengah breakout/jerawat meletus sana sini."
3. Pastikan serum atau cream wajah yang digunakan semasa melakukan rawatan di perbuat daripada bahan yang baik untuk kulit aka no harm chemical kalau harga dia mahal Angkut. masa beli tu tutup mata jak la bila nak hulur duit depan kaunter tu.
4. kalau mahu buat dermarolling sendiri pastikan cukup cukup ilmu / buat kajian gituu..  sebab apa yang saya tulis ni terlalu ringkas sebenarnya.
5. Akhir kata Semoga Makin Cantik. muaakkxxxs...

xoxo Tininez

1 comment:

Cik Nor said...

xsakit ke? ada jarum2 tu..hehe