Kehilangan dan Rindu



hmm 2018..?? Tak tahu nak cakap apa. Segala yang ku lalui sepanjang tahun 2018 apa yang aku dapat katakan adalah aku lebih banyak merasa kehilangan, tertekan, sedih tetapi sedikit sebanyak tanpa aku sedar semua yang ku lalui itu mengajar aku menjadi seorang wanita yang lebih kuat, tabah dan sabar dalam menjalani hidup sehari-harian. 

Daripada Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali.

Alfatihah buat Arwah Bapa.

Allah lebih menyanginya. Kehilangan seorang ayah dalam hidup yang tiada gantinya di dunia ini bagiku kehilangan yang terbesar dan saat yang sangat pilu yang pernah aku rasakan sepanjang hidupku.

Yang sangat aku takutkan dan selalu bermain di pikiranku "Kalau suatu hari nanti Bapa tiada, macam mana dengan kami.? dapatkah kami lalui semua itu nanti." kini sudah menjadi nyata. Selalu ku tatap wajah wajah syurga yang kucintai diwaktu tidur mereka kerana saat itu suatu perasaan yang tak dapat di ungkap dengan kata melainkan rasa, saat merasa takut kehilangan mereka, saat kita rasa bersalah dan sedar dengan dosa dosa yang kita buat dibuat sedar dan tanpa sedar,  saat kita rasa cinta yang sangat dalam pada mereka, saat kita tak sedar airmata jatuh berlinangan dan  rasa itu yang kita rindu. dan kini hanya ini air mata rindu yang jatuh dengan tangan yang menadah meminta pada Allah sampaikan rindu kami, sampaikan doa kami buatnya, sampaikan amal ibadah yang kami sedekahkan buatnya. 

Papa tiada buat selama-lamanya di dunia buat aku terlalu sedih kerana teringatkan yang aku tidak lagi akan melihat senyuman bapa (senyuman termanis selain mama yang aku pernah lihat dalam hidup), tiada lagi senda gurauannya, tiada lagi cerita cerita yang mengamit kenangannya sewaktu beliau muda, tiada lagi kulihat gaduh-gaduh manja dengan si mama, tiada lagi badan yang ku urut dan badan mangsa cubaan urutan terbaru, tiada lagi yang dijaga makan minum obatnya tiap pagi dan malam, tiada lagi kelihatan bapa bertukang dalam dan luar rumah,  buat wiring, tiada lagi tepat aku merepot bila adik-adik,kaka abang ku buat hal, tiada lagi pujian yang aku dengar tentang masakan ku walhal masakanku tak sedap,  tiada lagi yang minta salinkan kertas Allahu sebak aku rasa, rindu yang amat. Semoga Arwah tenang disana.  

Terlalu banyak kenangan. 

Hanya doa orang-orang soleh dan amal ibadah yang menjadi teman disana. Inshallah kita semua akan bertemu kembali di Syurga. Mudah-mudahan cukup dan banyak amal ibadah kita bawa kesana. Semoga Allah Kabulkan.



No comments: