Tom Yam Udang Galah Sedap dan Murah di Sadong Jaya, Kota Kinabalu.

Sudah lama sis tercari-cari Tom Yam yang terbaik..!! asyik dapat yang errghhhh.. tak tahu mahu cakap apa.. ada Tom Yam yang banyak kuah isi mak aihh ciput..  ada pula isi ada tapi rasa tawar.! kamu dapat feel kan bila dah semangat masuk restoran dengan perut yang lapar dah siap ambik order tapi hidangan tak seperti yang diharapkan..??   


Kamu nampak kan dua ekor Udang Galah berendam keriangan menunggu di jamu dalam mangkuk besar Tom Yam i tu..?? hehheee aku dapat rasakan udang galah i ni memanggil manggil tolonglah adik manis.. jangan lah ambik selfie lagi.. makan laa aku cepat cepat... nanti aku disambar orang. #eh tiber..  


Serius saya katakan bila Tom Yam dah di hidang depan mata i is... inikah Tom Yam yang aku order tu..??  Nampak besar dan tak yakin dengan kemampuan diri sendiri menghabiskan Tom yam dalam mangkuk besar ni. So, Lucky laa pada yang kuat makan bawa pasangan yang tak kuat makan kamu boleh tolong dia habiskan.. hahaha. Memang dah jadi kegemaran sis makan Seafood lebih-lebih lagi  kalau udang.. nyummmeehh!!  Rasa Kuah Tom Yam dia pun perrghhhh tak cair dan isi yang ada dalam nya pun tak mengecewakan.. Rasa masam masam manis dia cukup cukup menyelerakan, orang disini cakap tak perlu ke Thailand cukup datang kesini makan.. Dimana..?? 


Imyati Cafe, Lot 3, D'riverside Food Court, Sadong, Kota Kinabalu. Imyati cafe ni sudah beroperasi  setahun yang lalu sejak awal Food Court Sadong ni di buka semula selepas pengubah suaian dibuat setahun yang lepas. Kalau dulu tempat ni hanya beroperasi bila malam sahaja dan kini sudah mulai beroperasi dari awal pagi hingga ke malam dan yang menariknya makan di sini sekumpulan busker akan mempersembahkan bakat mereka dengan menghiburkan para pengunjung yang datang menjamu selera di Food Court Sadong. 


Alamak kedapatan sis Order banyak..!! ( yerrlaa tekak Sis kan dah lama cari Tom Yam Sejati..so sis ceritalah )  Kalau nak tahu bukan sekadar Tom Yam yang menjadi tarikan di Imyati Cafe ni tapi ada banyak menu istimewa yang menjadi tarikan pengunjung yang datang menjamu selera di sini.. Antaranya.. 

1. Nasi Ayam berempah Padang,
2. Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang,
3. Nasi Udang Berempah,
4. Nasi Ayam Penyet,
5. Nasi Ikan Keli Berempah.
6. Mee Kolok Sarawak

Kebanyakkan menu di atas cuma RM 7.00 Sahaja. Tapi yang sis tertarik dan suka makan adalah :


Nasi Ayam Berempah Padang. Dengan kuah kari asli dan pekat di jamu dengan sayur sandwich yang segar, Ayam yang sudah siap di perap semalaman untuk mendapatkan rasa yang sedap dan aduiihaii sambal wehhh sambal..!! Memang tau tau ja Owner Imyati cafe ni kita aim aim sambal dia kan.! 


Nasi Ikan Keli Berempah | Pada sis menarik menu ikan keli ni pada rasa kuah tempoyak yang di basahkan pada nasi kosong  dan juga Sambal tu seperti biasa sayur sayuran segar juga turut dihidang sekali untuk mendapat nutrisi yang lengkap lah katakan.. dan yeahhh Sambal jangan di kasi tinggal itu juga penangan kuat pada menu.. bagi sis laa.. 

Bagi mereka yang memilih menu Nasi yang di hidangkan sambal bersama jangan bimbang kalau kamu jenis yang tidak tahan pedas sebab ada dua pilihan sambal yang kamu boleh pilih samaada sambal tomato (tidak pedas) atau sambal belacan ( Pedas -pilihan sis) hehe.

Okayhh Jadi kalau ada sesiapa yang mahu tahu dimana tempat makan yang best sedap dan murah..?? kamu boleh datang berkunjung ke sini.. 

Imyati Cafe, Lot 3, D'Riverside Food Court Sadong Jaya,
Kota Kinabalu. (Berhadapan dengan Affin Bank)

Waktu Operasi : 06.00 a.m hingga 09.00 p.m 
Isnin hingga Jumaat

Harga Menu Bermula dari RM 6.00 dan ke atas.

Visit and like page  
Instagram : imyati9135
Facebook : imyati-cafe-sadong-jaya

12 comments:

curiostraveller said...

Mmg sedap ni!wajib coba

Rafzan Tomomi said...

meletop tau gambar makanan ni. Semua best-best tau. Nanti bawa Momi ke sini ya Tini.

mama tisya said...

sedap nmpknye tomyam udang galah tu..sure puas ati mkn

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tomyam udang besar .. sedapnya .. salah satu menu feveret CCL

Mawardi Yunus said...

Wah. Nanti bawa aku ke sini ya tinik. Mengidam ni

Suria Amanda said...

Lenkali bawak akak..akak sure bleh habiskan malah up lagi semangkuk tau...haih nasib baik jauh..kalau kat KL dh ajak kamu temankan akak dh

afzalsukasuki said...

Seyes la takkan tomyum udang galah rm7? Dua ekor udang kot. Memang murah ya amat

nadim89 said...

Waah sedap ni. Boleh cuba nanti

Hans Hanis said...

belanja2
hehe

Gja said...

Waaaah.. sedapnya udang galah

Nurjuwaini said...

Amboi tengok gambar doa pun dah meleleh air liuq

Encik Hairan said...

perghhh saya tak pernah lagi makan tomyam udang galah..fuhh terbaik!