Meriahnya Citrawarna Kuala Lumpur 2017.!



Assalamualaikum..

Hi Hi Hiii.... semua...!!

Nak cerita sedikit pasal Citrawarna Kuala Lumpur pada tarikh 28hb Oktober 2017  yang berlangsung secara rasminya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dengan temanya "THE SUNRISE, THE GREEN AND THE ECHO WITHIN" di rasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sangat lah meriah kalau kamu mahu tahu. Acara kemuncak berlangsung lebih kurang pada pukul 9.00 pm tapi tunggu dulu la sekejap sebab masih awal kalau saya cerita acara kemuncak di awal perenggan kan dan sebenarnya ada banyak aktiviti yang dilakukan sebelum malam kemuncak tu. 


Bahagianya rasa hidup di tanah Malaysia ni sebab kita hidup dalam pelbagai bangsa, dan adat tradisi dimana kita dapat kenali uniknya suatu kaum dengan adat tradisi mereka dan jangan dilupa juga tarian unik mereka yang ada cerita tersendiri. 

Inilah sebenarnya yang dipertengahkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk orang awam dan juga para pelancong yang datang melawat Malaysia agar tahu serba sedikit kebudayaan dari segi kesenian, warisan dan gaya hidup sesuatu kaum yang ada di negara kita Malaysia. 


OK lah.. Bagi yang datang awal-awal untuk acara Citrawarna Kuala Lumpur ni kamu jangan bimbang sebab ada Chillax Zone di padang merdeka yang luas ni untuk kamu jadi memang sesuai sangat lah kalau bawa family, kawan-kawan dan eheem ehemm pasangan yang bersinta berseronok di sini dengan cara yang sihat. Macam-macam aktiviti yang dibuat disini antaranya Main Getah, engke-engke ( kalau budak sabah cakap | alaa yang lukis-lukis petak-petak di lantai tu. lepas tu kamu meloncat-loncat ), congkak, batu seremban, bola baling eeeeeee macam-macam lagi laa permainan  tradisi yang mengamit kenangan masa kecik dulu dan seronoknya disini tinggal tunggu kamu datang dan main saja ni.. 


Kamu ingat cincai ka.. di tengah-tengah Kuala Lumpur ni.. Picnic gitu u all.. bahagia kan tengok keluarga baru saya ni.. datang sini ja terus dapat dua anak angkat. ok JOKE.! ini anak pinjam.. Kamu kalau datang single macam saya ni jangan la risau sebab orang Malaysia kan peramah dan baik hati kan.. 


Salah satu aktiviti yang saya suka adalah membawa tanaman sendiri di untuk di dermakan sebagai satu tanda yang istimewa kepada 'Mother Nature" kita dimana nanti tumbuh-tumbuhan ini akan di tanam semula.. ya laa kamurang siapa yang tak cinta dengan keindahan alam semula jadi di bumi ni kan. yeahh.. Majalah yang harus ada kalau mahu melancong kemana-mana GAYA TRAVEL MAGAZINE..!! 


Owhhyeahhh baby.!! Ini lah yang dipanggil Kids ECO-DASH..! Kali ke2 di adakan di Taman Eco Rimba, Bukit Nenas. Rasakan semangat membara yang ada pada adik-adik kecil ni di awal pagi malam citrawarna Kuala Lumpur.. Diorang sebenarnya tidak sabar mahu di lepaskan. Mini Marathon kanak-kanak ini di buat dalam 3 kategori iaitu kategori ;- Caterpillar  (4-6 tahun /1km), Rabbit ( 7-9 tahun / 1.8km dan Tiger ( 10-12 tahun / 3km). 

Begini lah si Tini dulu masa kicik-kicik kalau kamu mahu tahu.. Rajin betul ikut larian macam ni.. Best bah berlari dengan kawan-kawan kunun siapa yang lagi laju. Tengok si mama dan si bapa berkawan-kawan dengan mama-bapa kawan kita lagi.. Tanda Pagar MengamitKenangan.

Kamu jangan terlimpas pandang.. Larian mini Marathon adik kecik kita ni di rasmikan oleh Ybhg  Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua SetiaUsaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara Fly-off tau.! kelasszz kamu dek.! ( scroll balik atas tu, yang tersenyum hensom boi tu la Datuk Rashidi)


Acara Citrawarna Kuala Lumpur 2017 ini dimulakan dengan upacara dendangan muzik tradisi melayu sekaligus upacara perasmian daripada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz., Ketua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 


Guyss..!! Disinilah kita berpeluang mengenali dan didedahkan tentang kesenian, warisan dan gaya hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Salah satunya yang saya nak ceritakan disini kalau kamu perasan lah kan sesetengah tarian tradisi yang di tarikan sebenarnya serba sedikit di adaptasikan daripada alam semulajadi dan haiwan-haiwan yang ada seperti burung-burung, ombak dan banyak lagi. Sebenarnya kalau kita faham ini adalah tanda ikatan yang akrab antara Manusia dengan alam semula jadi. 


Disinilah juga si Tini dapat menyaksikan persembahan yang bertenaga yaa pembaca-pembaca sekalian secara langsung iaitu teater muzikal daripada artis Malaysia dan penari penari yang berbakat hampir saja si Tini mahu join naik sekali atas pentas berlakon, menyanyi dan menari #eh.! #terlebihSudah


Save the best for the last people.!! Acara menyaksikan bunga api..! and i was wowww lama si Tini tak tengok bunga api seyess.. jadi ambik 2 3 gambar ja masa tu sebab teruja dan selebihnya menikmati keseronokan malam tu.. agak lama juga laa bumm kedummbamm dia. 

Fhewww.. dengan gambar terakhir ini berakhirlah Cerita Meriahnya Citrawarna Kuala Lumpur 2017 kali ini. 

Sekian.

XOXO

tynienih.

9 comments:

Cik manggis said...

Datang ziarah sini

Warisan Petani said...

ziarah petang

Mimin Adam said...

lawanya gmbar! lawa rupanya malaysi ni .. hihihihi

Blogger2u said...

pandai bah kaw menari aku tgk... terima kasih kerana mengharumkan nama negara... haha

Mawardi Yunus said...

wah nampak meriah, rugi betol x dapat join tempoh hari.

Putera Chantek said...

Meriah !!! .. sepatutnya setiap negeri buat sambutan macam nie

Ainyy Zain said...

ruginya tak dapat pergiiiii. tengok gambar tini tetiba jeles pula. 😭

Nisa Kay said...

lama dah nisa x join aktiviti mcm ni . best nyaaa

Bella Jamal said...

Memang menarik citrawarna. Seronok tengok artis kebudayaan buat show.