Brunch seperti di China



Assalamualaikum.,

Morning sayang -sayangku semuaa.. 
( i buat Entry ni Awal pagi.. Assuming You all pun berpagian)


Ok.! Biasanya la kan, ada orang tu pukul 10.00 a.m ke 12.00 pm. baru mahu bangun tidur kan..?? Lebih-lebih lagi kalau hujung minggu ni .. cepat ngaku.! Bangun-bangun ja dah tengah hari perut pula mulai laa dum dum cakk.! Hati minta puji mahu makan ala chinese fefeling di Istana Raja China pula sudah. "Weekend Brunch" Mandarin Palace, The Federal Kuala Lumpur is the best place you should try.! Hanya beroperasi pada hari Sabtu dan ahad sahaja iaitu pukul 10.30 pagi ke 2.30 petang sahaja.


Someone saw you entering this reataurant from here..  Setiap ukiran di dinding kaca menambahkan lagi perasaan kamu seperti berada di Istana Si Raja China.. Bukan itu sahaja dengan prop prop yang ada di sekeliling restoran ini membawa kamu mengimbau ke masa lalu.  


Hiasan yang memukau mata ini bukan sekadar terukir di laluan masuk restoran ini sahaja malah di sekeliling restoran Mandarin Palace ini di penuhi dengan ukiran yang memukau mata pengunjung yang datang singgah.



Bukan sekadar hiasan dinding yang terukir cantik malah ceiling juga tidak ketinggalan diberi sentuhan ukiran yang memukau. 

Untuk Weekend Brunch di Mandarin Palace ada pelbagai jenis makanan yang dihidang seperti Dim Sum, Masakan Kukus seperti ( chicken with Herb,  BBQ Chicken Bun, Shark's Fin Dumpling dan banyak lagi) manakala untuk masakan panggang antaranya  'Five Spices Soy Chicken, Roasted Chicken Cha Siew, Roasted Duck dan banyak lagi, Untuk menu utama Mandarin Palace mempersembahkan  Butter Prawn, Yong Chow Fried Rice,  MIxed Vegetable "Loh Hon" style,  Asam Slice Fish, dan banyak lagi. Selain itu, ada juga disembahkan masakan secara live, Cold Cut and Salad,  Pan Fried dan tidak ketinggalan pencuci mulut u olllzzzaa... 

ok Lah. Kak Tini Belanja  Sikit Gambar..







Ada 7 jenis makanan panggang yang di hidang tinggal kamu pilih yang mana kamu suka.  :) 


Yang ni Saya suka.. ! Sebab im a seafood lover and it taste sweet.


 Kuih muih sudah semestinya ada..! 



yummmyy.!! 


Mandarin Palace ini menyediakan Masakan ala kantonis, hunan dan Szechuan dan masakan yang terhidang di restoran ini muslim friendly.

Jadi kamu boleh datang sini menikmati masakan cina dengan dekorasi yang wow.! cuma.:
RM 78 seorang / dewasa   dan, 
RM39 seorang / kanak-kanan atau warga tua. 

Sebarang maklumat atau tempahan boleh hubungi 
Tel : 03-21489166 / 2202 (May)

Mandarin Palace,
Tingkat 2, 
The Federal Kuala Lumpur. 

3 comments:

Mimin Adam said...

masakan selera Chinese, skali skla layan tekak ok jugak ni

Putera Chantek said...

Ada sediakan bilik private room utk family tak ?

Kak Mahh said...

Ini dipanggil ternak lemak ni...