11 Tempat Menarik Wajib Pergi di Kuala Selangor



Assalamualaikum,,, Hey..! 

Bila berkunjung ke Kuala Selangor tidak lain dan tidak bukan untuk merasakan keindahan semulajadi yang ada kerana flora dan fauna disini masih terpelihara selain terkenal dengan sejarah yang tersimpan di daerah ini. 

1 ) Bukit Malawati

Bukit Melati merupakan salah satu tapak bersejarah di Negeri Selangor kerana tersimpan banyak peninggalan masa lampau seperti Batu Datar yang digunakan untuk memotong kepala pesalah, rumah api, Sumur beracun, Meriam menunjuk ke sungai selangor, tangga seratus langkah, benteng perlindungan, kuburan diraja dan istana. 



Selain daripada peninggalan sejarah yang kita boleh kunjungi di Bukit Melati ini baitulhilal yang dijadikan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan hari pertama bulan Ramadhan dan hari sambutan raya puasa dan haji bagi umat islam. 

Selain itu, kamu dapat melihat monyet monyet yang berkeliaran di sepanjang jalan kawasan sini, jikalau monyet ini pandai berkata-kata,, "deyy.. ini kawasan saya punya" saya mahu buat apa, itu saya punya suka.." but they cute..!! Bila datang kesini menjadi salah satu aktiviti pelancong memberi mereka makanan. ya laa dah buat muka comel kena laa bagi.. some of them jinak.. some of them boleh bertindak aggresive so kamu kena berhati-hati sikit. 

2) Sky Mirror


Bagi mereka yang sukakan sesuatu yang unik, disini adalah tempat yang kamu harus pergi.. Sebab ia merupakan sebuah pulau misteri yang menjadi tarikan ramai pelancong dengan panorama yang menarik. Bagi pengemar photografi boleh lah mendapatkan foto yang menarik dan lebih kreatif. 

3) Taman Alam Kuala Selangor


Sukakan keindahan semula jadi disini kamu boleh menikmati keindahannya sambil  berjalan kaki.  Rasanya kalau berjoging di sini pun sesuai dan jikalau kamu bersendiri jangan risau sebab ada  juga monyet yang baik hati temankan kamu dari belakang. hihiihi

4) Kampung Kuantan (kelip-kelip)


Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan merasakan suasana romantik dengan kerlipan si sang kelip-kelip semula jadi. Dengan bantuan abang - abang gagah ni mengayuh sampan dapatlah kami melihat depan mata keliling kelip-kelip ni. Sebagai peringatan kamu dilarang kacau kelip- kelip tu.. takut nanti kan diorang hilang sini kita cuma menikmati keindahan ciptaan Allah dengan melihat ja.. Tambahan pula cahaya bulan purnama time tu.. Allahu romantik sangat..

5) De Palma Eco-Resort Hotel Kuala Lumpur


De Palma Eco-Resort Hotel Kuala Lumpur | Jauh dari kesesakan jalan raya walaupun terletak di pusat bandar Kuala Selangor, De Palma Kuala Selangor menjanjikan ketenangan dan kepuasan menginap di hotel mereka dengan berkonsepkan chalet dan villa yang selesa untuk didiami pengunjung.

Sebanyak 48 buah Chalet dan 12 Villa yang boleh kamu pilih tetapi saya suggest sila call tanya- tanya manalah tau ada promosi harga. Promosi kadang di bagi hampir 50% potongan dari harga sebenar dan beruntunglah pengunjung yang kerja kerajaan ni tau sebab automatik dapat diskaun tapi jangan lupa bawa kad Kerajaan diorang cakap.



Kalau dilihat dari luar Chalet ni nampak kecik tapi sebenarnya bila dah masuk dalam chalet ni ada 3 buah katil di dalam dia.. 1 Queen Bed, 2 Single Bed, Memang sesuai sangat kalau mahu bawa anak bini ke sini bercuti. 

Antara kategori bilik yang disediakan adalah : 

- Superior (Queen / Twin)
- Villa Superior (Queen / Twin)
- Junior Suite
- Deluxe (Twin / Triple)
- Anjung Suit
- Dara Suite
- Malawati Room (2 Queen)
- Desa Room (2 Queen)

Untuk Pengetahuan umum, De Palma Hotel Resort menyediakan banyak aktiviti yang kamu boleh ikuti jika menginap disini.

6. Menunggang Kuda


Jangan lepaskan peluang menunggang kuda bila dah ada disini. Dengan bantuan abang sado ni dan sokongan padu yang memberi semangat dari kawan kawan dapat lah saya memberanikan diri menunggang kuda.. My first time kot.. hahaha.. Serius  memang terujaa... perasaan ala-ala pahlawan mat salleh pun ada.. #anakbajauconfident

7)  Jungle Trekking 


Jungle Treking merupakan salah satu aktiviti yang tersedia di De Palma Hotel Resort dan aktiviti ini dibuat sebagai salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dan menikmati keindahan alam semulajadi dengan lebih mendalam.

8). Team Building


Selain Jungle Trekking dan bersantai didalam bilik hotel/chalet/villa kamu boleh melakukan aktiviti  yang menark dan mencabar yang ada disediakan oleh De Palma Hotel Resort tetapi jika kamu ada idea untuk aktiviti yang lain kamu boleh sahaja merujuk pada penguasa Resort disini. 

9). Berkhemah




Peralatan khemah dan tapak ini disediakan oleh pengurusan De Palma Hotel Resort jika kamu ingin mendekatkan diri dengan alam dengan berkhemah di dalam hutan ini lah tempatnyaa. Tapak ini berhampiran dengan tasik dan juga pondok-pondok kayu untuk bersantai.

10). Makan malam di Luar Restoran 




Selain menjamu selera di Rimba Cafe De Palma Hotel Resort kamu boleh menikmati makan malam dengan suasana romantik dan santai disini 

11).  Fire Camp late Drink


Terletak di belakang Rimba Cafe De Palma dengan perkarangan yang luas di sini kamu boleh bersantai sambil menikmati minum malam dan bermain permainan yang menarik contohnya truth or dare.

12). Zumba 


Setiap Pagi Ahad De Palma Hotel Resort akan meonyediakan aktiviti Zumba di dalam dewan besar, jadi pengunjung boleh singgah ke sini melakukan senaman yang sihat sebelum dijamu dengan sarapan di dalam dewan. 

OKlah.. kalau kamu mahu rasa mahu melakukan aktiviti yang saya senaraikan di atas kamu boleh terus hubungi pengurusan De Palma Hotel Resort Kuala Selangor.


De Palma Hotel Resort Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: +603.3289.7070

XOXO,
Tynienih.

1 comment:

Mimin Adam said...

bestnya tengok kelip-kelip. rugii