Kakak-akak,,, Abang-abang, Adik adik,, Ibu ibu.. Bapa.. bapa... dan Semuanyaa... ayuh dengar ni...
Tini nak bagitahu....Bagi sesiapa yang teringin nak habiskan masa cuti, makan angin, hilangkan stress, jauh dari kesesakan bandaraya dan Highlight bagi mereka yang plan nak ke Pulau.. Tini nak khabarkan Pakej Pulau Perhentian iaitu Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian adalah Promosi Pakej Pulau Perhentian.
Percutian serta pengembaraan yang pasti korang tidak
dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang
musim ini.
Ini adalah tawaran bercuti
untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka
kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian,
Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di
Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi
percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau
Perhentian Besar.
Untuk makluman
umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau
Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa
begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti
Kuala Besut untuk mengambil korang dan membawa para pengunjung ke Pulau
Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur
laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 –
30 minit sahaja.
Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian,
pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan
penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet
mengikut kepada jenis pakej yang diambil.
Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para
pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah
istimewa makan malam di Pulau Perhentian. Nyummmyy..!!
Tini nak bagitahu....Bagi sesiapa yang teringin nak habiskan masa cuti, makan angin, hilangkan stress, jauh dari kesesakan bandaraya dan Highlight bagi mereka yang plan nak ke Pulau.. Tini nak khabarkan Pakej Pulau Perhentian iaitu Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian adalah Promosi Pakej Pulau Perhentian.
uwww... Cantik tak ciptaan Tuhan..? Kejap...Tini belum habis lagi.. teruskan membaca.. O.k O.k..
Untuk pengetahuan semuanya..
Pakej percutian
yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan
manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah
berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang
terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang
berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.
Perhentiankravers
juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik
serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan
percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya
bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai
berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.
Bagi keselesaan
dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers
telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat
pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana
pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman
mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang
percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan
kesesuaian pengunjung.
Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.
“ Bot Laju Perhentiankravers”
![]() |
| Begini Lah Korang Nanti siap ambik wefie.. Snap! Snap! |
Smile Yo..!!
Khusus kepada
para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama
Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah
destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin.
Pendakian
ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk
menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu
sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah
sekiranya berlaku.
Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para
pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini
Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan
“walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide”
sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini.
Aktiviti ini
menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para
pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu
sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin
bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut.
Berikut adalah beberapa pemandangan
dari lokasi kincir angin.
![]() |
Indah tak...??? Tu baru sikit.. Ada Lagi Tini nak tunjuk dan bagitahu...
Selepas dari
mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para
pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai,
berkayak dan lain-lain lagi.
![]() |
| Kelengkapan Snorkeling untuk Pengunjung Disediakan. Well Safety First..!! |
Disamping itu,
Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional
yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling
guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka
akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau
Perhentian.
Antara tempat
snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
- Turtle Beach atau Tiga Ruang
- Turtle Point
- Shark Point
- Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
- Lighthous
- Romantic Beach
![]() |
1.“Fish
feeding” di Turtle Beach
|
![]() |
( Ada Brani tak..??)
|
![]() |
![]() |
![]() |
| Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”. |
![]() |
| Say Hello to Nemo..! |
![]() |
| Tak Rugi.. Air laut yang Jernih... |
Dah selesai dan puas dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta
pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja tau., malah para
pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari
terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas
saujana membiru kekuningan emas.
![]() |
![]() |
| ( Suka tak keindahan pemandangan Matahari terbenam..? ) |
O.k... Kita tak habis Lagi..
![]() |
Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut
segar.
|
Belum habis disitu, terdapat aktiviti Perhentian Kravers sediakan.
Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung
yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana
malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat
pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini
kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach
Party” di Pulau Perhentian.
![]() |
Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.
|
Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap
sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi
masing-masing.
Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian
mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba
diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan.
Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang
dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang
adalah pada :
- 1. 8.00 pagi
- 2. 12.00 tengahari
- 3 4.00 petang
Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan
untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi
pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat
atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran
dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.
Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang
tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian
iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan
maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan
Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar
negara terutamanya negara kejiranan.
Perhentiankravers menjanjikan “value for
money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau
Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup
kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun.
Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad. Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.
Dah Habis terangkan semua.. so..?? ada terjentik tak perasaan teruja tu..??
OK... Kalau Berminat.. Boleh membuat tempahan dengan menghubungi :
Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad. Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.
Dah Habis terangkan semua.. so..?? ada terjentik tak perasaan teruja tu..??
OK... Kalau Berminat.. Boleh membuat tempahan dengan menghubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan tempahan anda ke :
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers,
sila ke laman facebook dan instagram : Perhentiankravers
~tamat~























7 comments:
best wehhhh!! tak jadi nak cuti kat luar negara macamni 😅
I will come.. OMG!!! Can't wait!! ��������
Nice place...
Hi Tini, tak pernah lagi jejak kaki ke Pulau Perhentian.Ceritalah pengalaman awak kat sana.
-Ng-
Negara Sendiri yang terbaik kan.. kan..!!
OK... Kalau Berminat.. Boleh membuat tempahan dengan menghubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan tempahan anda ke :
hai.perhentiankravers@gmail.com
Wahh mcm best o . Mw try p la ne . Ini kali laa
Post a Comment